
Yeah jumpa lagi.....
Post yang ringkas
Saya ingin memaklumkan bahawa saya baru sahaja membina satu web jualan produk minda
Produk yang bagus untuk merangsang minda nada bagi mengatasi stress, menguatkan daya ingatan dan sebagainya..
Anda boleh lihat dan baca dengan lengkap tentang produk ini di
http://www.produkminda.com
Jumpa lagi..
ps; Harga diskaun
pss : tawaran terhad tau!
Selamat Datang
Pelancaran Web Jualan Produk Minda
Posted by
Admin
at
7:57 AM
0
comments
Labels: produk minda
Fuhhh...lamanya tak update blog ni..
Salam...jumpa lagi semua..rasanya sudah cukup lama saya tak update blog ni..Ini bukan bermakna saya tak aktif di ruangan maya ni...Nak tahu kenapa?
1. Di alam nyata..saya sedang sibuk upgrade rumah saya...sambung dapur..hias dalam rumah...pasang awning...( tunggu laporan bergambar ye..hi..hi.hi ) kan dah nak raya ni so..kita wat persiapan awal...
2. Saya juga sibuk dengan aktiviti P&P..yelah budak2 dah dekat UPSR ni..Sekolah saya memang tergetkan tahun ini kami boom..so kena rajin sikit...Bayangkan kami dah pecahkan murid kepada beberapa kumpulan dan kami akan ajar mereka dari pagi sampai balik..(tak de masa free..kecuali curi..curi tulang sikit-sikit )
3. Saya juga sibuk kendalikan blog guru saya klik sini http://bloggurumalaysia.blogspot.com . Tak sangka lak blog ni sangat mendapat sambutan so saya kena selalu updatekannya...
4. Saya gak telah membina blog dot com sendiri... lawatlah ye.. http://cikguniezam.com . Blog ini khusus untuk memberi pendedahan bagaimana mahu meraih income melalui internet..pastinya yang halal ..ye..
5. Saya juga sibuk dengan 2 lagi minisite iaitu web jualan. Web ini khusus untuk menjual produk digital...Buat masa ni belum siap 100%.
6. Saya gak sibuk untuk promo Ebook Pemasaran Emel..Kalau nak belajar bagaimana memesarkan produk dengan teknik yang betul maka dapatkanlah ebook ni tau.. di http://www.panduannewbie.com/pemasaranemel . Ebook ini ditulis oleh rakan saya saudara Rahman basri ( Cikgu gak ). beliau dah meraih ribuan ringgit melalui internet ni..Tambah istimewa saya juga telah memberi testimoni..hi..hi..hi
7. Saya gak sibuk di FB. Sekarang ni FB dijadikan medan baru untuk menjual...hidup ni kena banyak belajar....
Okaylah nilah alasan saya kenapa blog ni lama tak diupdate.....
Posted by
Admin
at
7:10 AM
0
comments
Fisrt Time beri Testimoni..Bestnyer..
salam...kali ini ingin saya bercerita tentang..serba sedikit kemajuan saya dalam dunia internet ni..Baru-baru ni saya telah mendapat peluang untuk memberikan satu testimoni terhadap satu produk digital iaitu ebook. Produk ini ditulis oleh Saudara Mohd Fazil a.k.a Fazx. Orang Perak.
Apa yang menarik tentang produk ini adalah panduan membina minisite menggunakan blogspot.
Memang teruja rasanya kerana melalui blogspot..anda boleh membina web jualan anda secara percuma..jika tidak anda sekurang-kurangnya akan menghabiskan hampir RM200 untuk membeli domain dan hosting..tu belum kira kalau anda upah orang lain yang buat..so..buat sendiri lagi baik
Pada saya, produk ini perlu dimiliki oleh sesiapa yang masih baru dalam bisnes di internet. Sebagai newbies..kita mungkin kekurangan bajet untuk membina minisite canggih..tapi apa yang ditawarkan oleh Fazx ni pun masih canggih biarpun PERCUMA..jika berminat bolehlah layari
http://www.oneminisite.co.cc/ .
Posted by
Admin
at
7:53 PM
0
comments
Labels: Minisite blogspot., testimoni pertama
Minggu-minggu sibukku
Fuhh..minggu ni dan minggu depan adalah antara minggu-minggu sibukku ketika ini...Selasa lalu , aku menghadiri bengkel SSQS di PKG Gemencheh, lebih kurang pukul 10, aku ke JPNS pulak untuk uruskan Buku Perkhidmatan isteriku tapi sebelum ke JPNS, aku ke Durian Tunggal Melaka untuk hantar anak-anakku di rumah neneknya. Dari sana aku terus ke JPNS..dari JPNS terus ke Port Dickson..Rabu..aku menghadiri temuduga di PD..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..terima kasih kepada Dato'Haji Khusaini bin Hj. Hasbullah dan juga para pembantunya yang melayan kami dengan baik. jasa anda sangatlah kami hargai...
Dari PD aku terus ke Mahkota Parade, Melaka..Isteriku nak wat facial lak.. bersapau aku tunggu lebih kurang tiga jam..sempat gak aku beli sebuah buku lagi..makin banyak buku beli sekarang ni..Lebih kurang pukul 6 petang, aku terus ke rumah mak mertuaku ambil anak-anakku..hujan lebat lak tu..kami tiba di Gemencheh lebih kurang kul 7.oo petang.. malam lak..anakku kena arlegik lak.. habis satu badan bengkak-bengkak.. Rasanya dalam pukul 10:30 mlm. Aku pun buat keputusan untuk hantar ke klinik di Batu Berendam..sebab memang biasa kami hantar Alng ke sana..Habis dalam pukul 12.00 mlm..Fuuhh..kami terpaksa tidur di rumah mak mertuaku..pagi kami ke sekolah..petang ada pulak kelas tambahan..esok hari Jumaat rasanya kami akan ke Tampin..
Minggu depan aku mungkin jadi fasilitator dalam bengkel "BLOG Perkongsian ILMU". Ini disebabkan kejayaan blog Bahan Bantu Untuk Guru aku tu..yang semakin meletup.. Tadi aku dapat satu offer..jadi Tutor sambilan di Kolej Komuniti..Hishh..memang sibuk sekarang ni..tapi inilah yang aku suka..sebab aku suka buat sesuatu yang diluar bidang kerja aku....kalau takde apa-apa hal maka..aku akan semakin sibuk..Apa yang aku buat di internet kini aku rasa mula dilihat dan diterima..tadipun aku ada terima email dari seseorang yang minta nasihat..tentang blog..Hal ini menyebabkan aku rasa makin bersemangat untuk..terus bergelombang dalam dunia internet dengan lebih serius..Plan aku nak terbitkan sebuah lagi ebook..Dulu dah ada dua ebook aku tapi aku lunch cam tu jer..tapi kini aku nak wat dengan betul..aku mahu kumpul mailing list..sapa nak bantu aku ni...toloooooooooong
Posted by
Admin
at
4:48 AM
0
comments
Labels: minggu sibuk
Syabas anak-anakku..Teruskan kegemilangan..anda
Baru-baru ni..anak-anakku telah selesai menjalani Ujian Bulanan Pertama..dan inilah keputusannya.. Alhamdulillah semuanya baik.. Tahniah dan syukur kepada Allah kerana jika kita rajin usaha maka kita mampu berjaya.. jangan lupa makan Geniusxtra selalu tau.
Posted by
Admin
at
12:13 AM
0
comments
Labels: Citer family
Alang Jaguh Dalam Pembikinan
Pada 10 Mac iaitu semalam berlangsungnya Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah iaitu sekolah anak-anakku. Alang telah mengambil bahagian dalam acara lari terus 75meter. Inilah aksi Alang yang sempat dirakam..walaupun hanya berjaya mendapat tempat ke empat tapi tak kisahlah yer...
Posted by
Admin
at
3:08 AM
0
comments
Labels: Alang, Citer family
Berkelah di Sagil
Hunjung minggu lalu kami sekeluarga bersamasama keluarga Abang Adek dan Mak Itam telah pergi berkelah di Sagil yang terletak di kaki Gunung Ledang. Panaskan sekarang ni? Jadi kami buat keputusan untuk menyejukkan badan..hu.hu..hu Kami pergi melalui Jasin..to Tangkak and Sagil. Cuma apa yang kurang bestnya..sebab kawasan ini agak banyak sampah tak seperti ketika kami pergi ke Ulu Yam yang lebih bersih. namun begitu mandi tetap mandi...Sampai di sana pada pukul 8;30 pagi..kami ambil port yg dekat jer..tak larat nak bawak banyak barang-barang utk naik ke puncak.. kami balik kira-kira kul 2 ptg..Penatnya mandi..
Posted by
Admin
at
7:44 PM
0
comments
Labels: Berkelah di Sagil






















